Kedai usang

Written by: Khairul Faizal Abdul Hamid

Kedai usang di tepi jalan
lambang kasih bonda
tanda keringat perit ayahanda
pun sepi di tepi jalan
tiada pelanggan

tiada lagi suara penuh mesra
tiada lagi pesanan ke udara
tiada lagi apa - apa

pun lena ditelan kenangan
kisah cinta dan kasih
bonda dan ayahanda
yang penuh pedih, luka dan duka